BINTANG sensasi Manchester City, Kevin De Bruyne mencipta sejarah tersendiri Liga Juara-Juara selepas gol awalnya untuk The Citizens dalam perlawanan menentang Real Madrid menjadi jaringan terpantas pada separuh akhir kejuaraan berprestij kelab Eropah tersebut.
City, yang memburu tempat ke perlawanan akhir untuk musim kedua berturut-turut, menikmati permulaan sempurna di Stadium Etihad apabila De Bruyne meletakkan skuad asuhan Pep Guardiola terlebih dulu di depan pada minit kedua.