Hari Benih Antarabangsa

Iklan

Pegawai Pendidikan dan Penyelaras Pertanian Bandar Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow menunjukkan pelbagai jenis benih dan buku panduan penjagaan benih sempena sambutan Hari Benih Antarabangsa hari ini.

Hari Benih Antarabangsa yang disambut pada 26 April setiap tahun didedikasikan untuk menyokong benih tanpa paten, makanan organik dan hak petani serta mewujudkan kesedaran tentang pertanian mampan.

Iklan
Iklan

Biji benih yang berkualiti amat penting kepada petani dan pengguna dalam pengeluaran dan kesinambungan tumbuhan.CAP telah lama mempromosikan agroekologi, pertanian bandar dan perkongsian benih dan menubuhkan rizab benih komuniti yang mempunyai koleksi sayuran dan herba

tanaman yang ditanam secara organik. - Foto Bernama.

Iklan
Iklan