Agong, Permaisuri berbuka puasa bersama warga ATM
Iklan
Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat tiba pada Majlis Berbuka Puasa bersama warga ATM di Masjid Khalid Al-Walid Jalan Padang Tembak pada Isnin. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan, di Jalan Padang Tembak, di sini, pada Isnin.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang.