Bestari dan Siti Khadijah jalin kerjasama
Iklan
Pek eksklusif Bingkisan Hati Bestari x Siti Khadijah.
SYARIKAT pengeluar rangkaian jenama terkenal Tepung Goreng Ayam Bestari (Bestari) telah menjalinkan kerjasama dengan pengeluar pembuatan kelengkapan pakaian solat, Siti Khadijah menerusi Bingkisan Hati Bestari x Siti Khadijah untuk kempen Ramadan 2022 pada tahun ini.
Bestari dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu telah menggabungkan produk Bestari dan Siti Khadijah yang dipek secara eksklusif di dalam kotak yang direka khas.
Iklan
Iklan
"Kotak itu mempunyai sepasang telekung Siti Khadijah yang ditenun dengan logo Bestari dan empat rangkaian produk Bestari seperti Pracampuran Serbuk Kari Segera Ayam 75c gram (g), Pracampuran Serbuk Kari Segera Makanan Laut 75 g, Tepung Goreng Ayam 150 g dan Serbuk Campuran Telur Masin Keemasan 150 g sebagai hadiah istimewa buat yang yang tersayang.
"Ramadan kali ini pastinya lebih istimewa, amalan tarawih dan moreh yang dilengkapi dengan keenakkan sajian Bestari bersama lambang cinta abadi Siti Khadijah,” jelas kenyataan itu pada Isnin.
Iklan
Menurut kenyataan itu, Bingkisan Hati Bestari x Siti Khadijah bukan sahaja sebagai hadiah malah turut bersama-sama berkongsi rezeki, bahagia indahnya Ramadan dan meraikan Syawal yang mulia bersama keluarga tercinta.
"Bingkisan Hati x Siti Khadijah ini boleh didapati di seluruh rangkaian butik Siti Khadijah dengan pembelian mana-mana koleksi telekung seperti Signature Rumi, Signature Tiara atau Modish Casa (stok adalah terhad).
Iklan
"Orang ramai juga boleh mengunjungi butik Siti Khadijah antaranya di Seksyen 15, Shah Alam dan Bangi Sentral di Selangor; Bandar Baru Uda di Johor; Busana Mara dan Suria KLCC di Kuala Lumpur ; Kota Bharu, Kelantan, Ipoh Perak dan Kuantan, Pahang. Mereka juga boleh melayari laman web Siti Khadijah untuk mendapatkan maklumat dan membeli secara dalam talian,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Bestari juga turut melancarkan kempen Bestari x Siti Khadijah bermula 1April sehingga 31hb Mei 2022.
"Melalui kempen ini pengguna hanya perlu membuat pembelian produk-produk Bestari dan berpeluang untuk memenangi hadiah daripada Bestari bernilai RM15,000,” katanya.
Hadiah utama kempen itu ialah 10 helai telekung Siti Khadijah (Modish Cadina), hadiah pertama pula 40 helai telekung Siti Khadijah Signature Amica dan hadiah sagu hati sebanyak100 E-wallet Touch n Go bernilai RM50.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>