Covid-19: Lapan kematian baharu direkodkan pada Ahad

Iklan
KKM melaporkan lapan kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah pesakit meninggal dunia berpunca daripada pandemik itu kini seramai 35,499 orang. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan lapan kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah pesakit meninggal dunia berpunca daripada pandemik itu kini seramai 35,499 orang.

Tiada kematian membabitkan kes di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID) setakat tengah malam Ahad.

Iklan
Iklan

Menurut data KKM di portal CovidNow, daripada jumlah itu keseluruhan kematian BID yang dicatatkan kekal berjumlah 7,513 orang.

Sementara itu, kes jangkitan baharu yang direkodkan adalah berjumlah 4,006 kes yang menjadikan jumlah kes aktif 74,752 kes.

Iklan

Daripada jumlah itu juga, 72,906 individu atau 97.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan seramai 121 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 1,627 atau 2.2 peratus lagi dirawat di hospital dengan 98 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Iklan

Kes ICU melibatkan 37 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 61 pesakit pula memerlukan mesin ventilator.