KUALA LUMPUR - Permohonan serta bayaran penyeteman perjanjian dokumen individu boleh dikemukakan secara dalam talian sepenuhnya menerusi portal Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) bermula 27 April ini.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai nombor cukai pendapatan boleh membuat pendaftaran akaun atau ID pengguna di portal berkenaan termasuk permohonan taksiran dan bayaran duti setem di pautan https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter duti setem.