Lima didakwa liwat, rogol

Iklan

JOHOR BAHRU - Lima remaja lelaki didakwa termasuk tiga di bawah umur atas pertuduhan meliwat dan merogol pelajar perempuan berusia 15 tahun antara Oktober tahun lalu hingga awal bulan ini.

Kesemuanya yang dituduh berasingan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, pada 3 Oktober 2018, Mohamad Hairie Hazalin, 20 didakwa telah memasukkan zakar ke dalam dubur pelajar perempuan berusia 15 tahun itu.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Sri Pulai Perdana, Skudai pada jam 1.40 petang.

Iklan

Sementara, Zarin Mohd Zin, 19, dituduh merogol mangsa yang sama di lokasi sama pada jam 3 petang, 3 Mac lalu.

Mohamad Hairie dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan manakala Zarin didakwa bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Iklan

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Sabiq Mohd Subri.

Hakim, Jailani Rahman menetapkan jaminan RM20,000 terhadap kedua-dua tertuduh dengan seorang penjamin.

Sementara di Mahkamah Majistret, tiga lagi tertuduh berusia antara 16 hingga 17 tahun yang juga rakan kedua-dua tertuduh turut didakwa meliwat dan merogol pelajar yang sama.

Ketiga-tiga pelajar itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurashidah A. Rahman.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dan seorang penjamin ke atas setiap tertuduh.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 30 April depan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang ibu terkejut apabila mengetahui anak perempuan tunggalnya melakukan hubungan seks dengan lima lelaki sejak tahun lalu.

Perbuatan tersebut terbongkar apabila wanita itu mengesan lebam (love bite) pada leher anak perempuannya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa melakukan hubungan seks dengan kelima-lima suspek dengan kerelaan.