Waspada individu menyamar pegawai Guan Eng
Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan tidak terpedaya dengan tawaran yang menggunakan nama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dari scammer yang tidak bertangggungjawab.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kewangan, Lutfi Hakim berkata, terbaharu, pihaknya mengesan seorang individu tidak bertanggungjawab yang telah menyamar bekerja sebagai Pengurus Perniagaan kepada Menteri Kewangan menggunakan nama"Balu Kelvin”.
Iklan
Iklan
"Beliau (scammer) telah menghubungi individu tertentu melalui alamat e-mel"contactkelvin009@gmail.com” dengan tawaran mengaturkan pertemuan dengan Menteri Kewangan untuk tujuan perniagaan.
"Tawaran tersebut merupakan suatu penipuan oleh"Balu Kelvin” yang menyamar sebagai pegawai Menteri Kewangan. Perlakuan menipu dan menyamar tersebut merupakan kesalahan di bawah pelbagai seksyen dalam Kanun Keseksaan (termasuklah Seksyen 417, dan 419)," katanya menerusi kenyataan.
Iklan
Iklan
Sehubungan itu beliau berkata satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak semalam berhubung perkara itu untuk tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>