Kes SRC: Najib mohon lebih masa fail petisyen rayuan
Iklan
Najib Tun Razak - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memohon lanjutan masa selewat-lewatnya hingga 25 April ini untuk memfailkan petisyen rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Najib selaku pemohon, memfailkan notis usul itu di Mahkamah Persekutuan pada 11 April lepas menerusi Tetuan Shafee & Co.
Iklan
Iklan
Berdasarkan afidavit sokongan yang diperoleh media pada Isnin, Najib berkata, alasan penghakiman yang disediakan oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan mengandungi 176 jilid keseluruhannya dan pihak pembelaan menerimanya pada 31 Mac lepas.
"Ia adalah mustahil untuk pasukan pembelaan saya meneliti rekod rayuan yang diterima dan menyediakan petisyen rayuan yang lengkap dalam masa yang singkat bagi menangani segala isu yang telah diketengahkan oleh hakim-hakim Mahkamah Rayuan.
Iklan
"Alasan penghakiman tersebut perlu diteliti dengan memeriksa nota prosiding pada kedua-dua peringkat prosiding bagi memastikan ketepatan dalam dapatan fakta, inferens yang dibuat dan undang-undang yang terpakai,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.
Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Iklan
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Najib kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pemandu BYD didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian adik Asiah"><meta itemprop="description" content="Pemandu BYD didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian adik Asiah
Pemandu kereta BYD Seal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis atas tiga pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Sabtu minggu lalu.
Pegawai bank, Raeven Goh Wey Haur, 24, yang memakai baju-T berwarna hijau, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Aliaa Anwar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800530/berita/semasa/pemandu-byd-didakwa-pandu-berbahaya-sebabkan-kematian-adik-asiah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Asiah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T04:26:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P105S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnjpoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnjpoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnjpoq"></script>