Lebih 100 maut serangan di Mali

Iklan
Penduduk etnik Fulani sering menjadi sasaran pemburu etnik Dogon

BAMAKO - MALI. Pemburu etnik Dogon telah membunuh lebih 100 petani daripada etnik Fulani di tengah Mali semalam, ketika delegasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melawat negara itu.

Semalam, Datuk Bandar Bankass, Moulaye Guindo berkata kira-kira 50 terbunuh selepas lelaki bersenjata yang memakai pakaian tradisional pemburu Dogon bertindak mengepung perkampungan Ogossagou kira-kira jam 4 pagi (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

"Angka kematian meningkat 115 orang maut selepas lebih banyak mayat ditemui," kata Guindo.

Sementara itu, sumber keselamatan berkata, kebanyakan mangsa ditembak atau ditetak sehingga mati.

Iklan
Iklan

Difahamkan, perkampungan Ogosagou musnah sama sekali dalam serangan tersebut. - AFP