HASRAT West Ham United untuk berada dalam kelompok empat terbaik saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menawarkan slot automatik ke Liga Juara-Juara musim depan semakin samar selepas terikat 1-1 berdepan Burnley.
Skuad asuhan David Moyes yang masih segar dengan kemenangan agregat 4-1 ke atas kelab Ligue 1 Perancis, Lyon dalam saingan Liga Europa, terlebih dulu dikejutkan jaringan Wout Weghorst pada minit ke-33 untuk mendahului The Hammers.