'Menamakan Ismail Sabri sebagai calon PM bukan helah'
Iklan
Ahmad - Foto Bernama
PONTIAN - Dakwaan Parti Amanah bahawa UMNO menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai helah untuk mempercepatkan PRU15 adalah tidak benar, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata, UMNO tiada helah tersembunyi dan setiap parti berhak untuk menamakan mana-mana calon atau pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri masing-masing.
Iklan
Iklan
"Itu adalah hak kita (untuk menamakan dia), bukan helah atau apa ke, (PRU15) bila-bila masa yang didapati sesuai oleh Perdana Menteri dapat diadakan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis iftar di sini pada malam Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad baru-baru ini yang menganggap keputusan UMNO itu sebagai helah bagi menggesa Ismail Sabri menyegerakan pembubaran Parlimen untuk diadakan pilihan raya.
Iklan
Beliau turut menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO akan menamakan calon lain sebagai Perdana Menteri setelah menang PRU15, seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri Johor baru-baru ini yang menyaksikan pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.
Ahmad Maslan sebelum itu mengumumkan bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO baru-baru ini melantik Onn Hafiz sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi, manakala dua Ahli MT UMNO yang lain iaitu Datuk Seri Razali Ibrahim pula dilantik sebagai Penyelaras Alumni UMNO Siswa dan Siswi dan Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin sebagai Penyelaras Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara. - Bernama
Iklan
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.