Paderi Katolik kena tikam

Iklan
Claude Grou

MONTREAL - KANADA. Seorang paderi Katolik di Kanada ditikam dalam kejadian menggemparkan di gereja St Joseph's Oratory di Montreal yang turut disiarkan secara langsung, semalam.

Menurut polis, panggilan kecemasan diterima pada jam 8.40 pagi (waktu tempatan) dan seorang suspek lelaki telah ditahan pengawal keselamatan sejurus mereka tiba di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Saksi mendakwa seorang lelaki kulit putih dilihat menghampiri Claude Grou, 77, dan menikam mangsa.

"Insiden itu berlaku terlalu pantas dan semua orang lari bertempiaran dan beberapa yang lain bertindak mengepung suspek. Dia tidak cuba bergelut atau melarikan diri ketika kami menangkapnya," katanya.

Iklan

Paderi terbabit dilaporkan cedera ringan dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.

Motif serangan masih disiasat. - Agensi

Iklan