Tujuh askar Pakistan maut akibat serang hendap pengganas

Iklan
Gambar fail tentera Pakistan - AFP

ISLAMABAD - Seramai tujuh askar terkorban dalam serangan pengganas di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, barat laut Pakistan, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kenyataan Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan Tentera (ISPR), insiden berlaku pada Khamis apabila sekumpulan pengganas menyerang hendap konvoi tentera berhampiran sempadan Pakistan-Afghanistan di daerah Waziristan.

Iklan
Iklan

Seramai empat pengganas turut terbunuh dalam kejadian itu. - Bernama