Warga emas rugi RM400 diragut penjenayah

Iklan
Ahmad Dzaffir

KAJANG – Seorang warga emas kerugian RM400 setelah diragut penjenayah di Taman Berjaya Sungai Chua, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 63 tahun telah diragut seorang penjenayah yang menaiki motosikal dari arah belakang.

Iklan
Iklan

"Suspek dipercayai telah menarik beg mangsa dari arah belakang dan melarikan dokumen peribadi serta wang tunai berjumlah RM400. Akibat kejadian itu, mangsa telah terjatuh dan luka di bahagian jari,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Sarjan Shairazi Afiq Shamsuddin di talian 016-3674748 atau balai polis terdekat.

Iklan
Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun.