270,282 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksin Covid-19

Iklan
Seramai 1,380,661 kanak-kanak atau 38.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin sehingga Khamis.

KUALA LUMPUR - Jumlah kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun yang telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) meningkat kepada 270,282 individu atau 7.6 peratus setakat semalam berbanding 229,615 individu atau 6.5 peratus pada Rabu.

Iklan
Iklan

Berdasarkan laman web COVIDNOW, setakat Khamis juga seramai 1,380,661 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.9 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,867,600 individu atau 92.2 peratus telah lengkap divaksin manakala 2,969,812 atau 95.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Iklan

Sementara itu, seramai 15,959,507 individu dewasa atau 67.8 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,959,889 atau 97.6 peratus telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,236,544 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 58,078 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 8,554 dos pertama, 41,430 dos kedua dan 8,094 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,431,570.

Iklan

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 18 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada Khamis dengan Johor, Kedah dan Perak masing-masing mencatat tiga kes diikuti Negeri Sembilan dan Pahang, masing-masing dua kes.

Selain itu, satu kes kematian turut direkodkan di Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu dan Putrajaya.

-Bernama