Kutipan sampah pukal percuma sempena Aidilfitri

Iklan
Hebahan perkhidmatan kutipan sampah pukal percuma dalam kawasan MBSJ sempena Aidilfitri.

SUBANG JAYA - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menawarkan perkhidmatan kutipan sampah pukal percuma bermula 19 April hingga 30 April depan sempena Aidilfitri.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, perkhidmatan tersebut disediakan kepada penduduk di kawasan perumahan teres (Landed Property) sahaja.

Iklan
Iklan

Menurutnya kutipan sampah pukal tersebut akan dilaksanakan oleh syarikat KDEB Waste Management (KDEBWM) melalui permohonan kepada syarikat berkenaan.

"Penduduk perlu mengemukakan permohonan kepada syarikat tersebut bermula 18 April hingga 25 April melalui panggilan telefon di talian 03-8081 4437 atau WhatsApp ke 011-3558 4437.

Iklan

"Kutipan sampah pukal yang disediakan adalah barangan seperti tilam, perabot lama, barangan elektrik dan seumpamanya manakala barangan ubah suai rumah, pindah rumah serta barang-barang kitar semula tidak termasuk dalam perkhidmatan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, keutamaan diberikan kepada penduduk di bawah kawasan pentadbiran MBSJ yang sedang melaksanakan persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.

Iklan

"Sebagai makluman, perkhidmatan ini hanya dilaksanakan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh MBSJ.

"KDEBWM tidak akan melaksanakan sebarang kutipan sampah pukal selepas tamat tarikh yang telah dinyatakan," katanya.