Bapa Dr MAZA meninggal dunia

Iklan
Mohd Asri pada Ahad lalu memaklumkan keadaan bapanya yang kritikal.

SHAH ALAM - Bapa Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA meninggal dunia pada petang Rabu.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Mohd Asri di laman sosial Instagramnya.

Iklan
Iklan

"Ayahanda saya baru meninggal. Doakan keampunan untuk beliau," katanya ringkas.

Mohd Asri pada Januari lalu mendedahkan di Instagram beliau bahawa bapanya menderita strok sekali lagi selepas beberapa hari menerima dos ketiga vaksin Covid-19.

Iklan
Mohd Asri memaklumkan berita sedih pemergian bapanya menerusi Intagram beliau pada petang Rabu.

"Ayahanda saya sudah lebih seminggu di hospital. Selepas dos ketiga, beliau mula muntah dan menjadi sangat lemah. Menurut doktor, beliau terkena sekali lagi strok di bahagian yang sensitif di kepala.

"Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak? Saya tidak pasti. Hanya pakar yang dapat menjelaskan,” katanya.

Iklan

Beliau juga menukilkan sebuah kisah menyayat hati mengenai anak sahabatnya yang sebelum itu sihat tetapi meninggal dunia secara mengejut selepas menerima suntikan dos ketiga vaksin.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menjalankan siasatan berhubung kejadian kesan advers (mudarat) susulan imunisasi atau AEFI membabitkan bapa Mohd Asri.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan bapanya yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, semakin kritikal Ahad lalu.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkongsi keadaan terkini bapanya itu dan memohon doa orang ramai untuk kesembuhan ayahnya itu sempena Ramadan.