Lelaki lari dalam semak, tinggal kereta penuh mercun

Iklan
Pelbagai jenis mercun dalam sebuah kereta jenis Proton Waja dirampas di Rantau Panjang, pada Isnin. - Foto ihsan PDRM

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki meninggalkan sebuah kereta dipenuhi pelbagai jenis mercun di tepi jalan Kampung Padang Licin di sini, sebelum lari ke dalam semak, kira-kira jam 7.15 petang, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, sebelum itu Kereta Peronda Polis (MPV) mengejar kenderaan tersebut iaitu Proton Waja berwarna kelabu kerana pemandunya tidak memberikan kerjasama.

Iklan
Iklan

"Polis terserempak dengan kenderaan itu yang dilihat mencurigakan di Simpang Padang Licing menghala Ke Pasir Mas lalu mengarahkan pemandu kereta tersebut untuk berhenti, tetapi lelaki itu bertindak memecut laju sejauh lima kilometer sebelum berhenti di jalan Rantau Panjang.

"Suspek keluar dari kereta dan terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran. Kami cuba mengesan suspek, namun gagal,” katanya ketika dihubungi pemberita, pada Selasa.

Iklan

Menurut Mohd Nasaruddin lagi, pemeriksaan dalam kereta menjumpai beberapa kotak mengandungi pelbagai jenis mercun bernilai RM22,680.

"Semua mercun tersebut dirampas dan kenderaan dianggarkan bernilai RM10,000 itu juga dibawa ke IPD Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan Dan Kakisan 1957,” katanya.