Mohd Fakhrulrazi tawar diri bertanding MPP PKR

Iklan

KLANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menawarkan diri sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada pemilihan parti itu bulan depan.

Beliau menerusi satu kenyataan turut mengumumkan bakal bertanding sebagai calon Ketua Cabang PKR Petaling Jaya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasrat utamanya mahu membangkitkan semula semangat reformasi dan mengukuhkan parti berkenaan.

"Biarpun menyertai PKR hampir dua tahun, saya yakin parti ini amat unik dan bersikap terbuka selain mementingkan prestasi serta kelayakan dalam politik.

Iklan

"Selain menguatkan parti dengan semangat reformasi, saya menyokong sepenuhnya institusi presiden yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Fakhrulrazi berkata, keputusan untuk bertanding sebagai calon Cabang PKR Petaling Jaya dibuat setelah mendapat sokongan dan permintaan banyak pihak terutama akar umbi di kawasan tersebut.

Iklan

Ujarnya, Pemilihan PKR kali ini diharap melahirkan pemimpin yang mahu menyumbang bakti dan mengukuhkan parti namun bukannya kerana nafsu atau kepentingan peribadi semata-mata.

"Namun, saya tetap akan memfokuskan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat di Meru serta terus menggalasnya sebaik mungkin," katanya.

Baru-baru ini, Sinar Harian turut melaporkan ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi turut menawarkan diri sebagai calon MPP dan Timbalan Ketua Cabang PKR Shah Alam.