Penyokong Selangor FC maut akibat Covid-19 terima penghargaan

Iklan
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (dua,kanan) berkenan menyampaikan saguhati penghargaan kepada waris-waris penyokong tegar Selangor FC yang meninggal dunia akibat Covid-19.

KELANA JAYA - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan saguhati penghargaan kepada tiga waris penyokong tegar Selangor FC yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Penyampaian dilaksanakan dalam Majlis Berbuka Puasa berlangsung di Stadium Kelana Jaya, pada Ahad.

Iklan
Iklan

Salah seorang penyokong tegar Selangor FC yang menerima penghargaan tersebut adalah anak lelaki tunggal, Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

Allahyarham Muhammad Nur Hafizal menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 27 tahun pada 7 Ogos tahun lalu di Hospital Putrajaya selepas ditidurkan selama lima jam.

Iklan

Penghargaan diserahkan kepada ibu Allahyarham, Norriaeh Mohamed Nor, 58 dan adik kepada Allahyarham, Nur Hazirah Hashim, 20.

Nur Hazirah ketika ditemui berkata, arwah merupakan penyokong tegar Selangor FC sejak berusia 20 tahun lagi dan sering turun padang bersama pasukan sorak bagi menyokong setiap perlawanan yang berlangsung.

Iklan

Allahyarham juga merupakan antara individu penting yang menjadi pengendali kumpulan sorak terdiri daripada kira-kira 50 orang untuk digerakkan ke mana-mana lokasi perlawanan.

"Arwah memang aktif. Dia dan kumpulannya ada gendang dan drum untuk dibawa ke stadium perlawanan dan sanggup turun menyokong perlawanan di negeri-negeri lain.

"Terima kasih kepada Selangor FC kerana nampak sokongan yang arwah telah berikan selama ini. Kami amat hargainya. Penghargaan ini amat bernilai bagi kami sekeluarga," katanya kepada Sinar Harian.

Semua waris menerima jersi khas yang dibingkaikan dan pada jersi tersebut tertera cetakan nama ketiga-tiga ahli kelab penyokong tersebut.