‘Pemilihan dalam AMK pertandingan adik-beradik’ - Adam Adli
Iklan
Adam Adli (dua dari kiri) mengesahkan bertanding sebagai calon Ketua AMK dalam sesi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada kali ini.
PETALING JAYA - Bekas aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim menyifatkan pemilihan bagi jawatan dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai pertandingan adik-beradik.
Beliau yang bertanding sebagai calon Ketua AMK berkata, tidak ada puak-puak dalam pemilihan sayap parti itu.
Iklan
Iklan
"Tidak ada nak tunjuk satu puak, dua puak, tiga puak dan sebagainya. Proses pemilihan memang begitu. Tetap kena ada calon, tetap kena ada pertandingan dan itu adalah proses demokrasi.
"Kerana untuk menjadi pemimpin hari ini perlukan mandat yang diberikan oleh anggota dalam organisasi ini. Sebab itu kita kena tetap adakan pemilihan,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin.
Iklan
Dalam pemilihan AMK kali ini, Adam Adli akan bergandingan dengan Exco AMK Perak, Muhammad Kamil Abdul Munim yang bertanding jawatan Timbalan Ketua.
Mereka akan menentang seorang lagi bekas aktivis mahasiswa, Fahmi Zainol dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat yang masing-masing bertanding jawatan Ketua dan Timbalan Ketua AMK.
Iklan
Mengulas lanjut, Adam Adli berkata, pihaknya akan memastikan bahawa pemilihan pada kali ini akan berlaku dalam suasana harmoni, baik dan seterusnya mencapai matlamat bagi mengukuhkan organisasi serta parti.
"Ini peluang untuk masing-masing. Peluang bukan untuk menonjolkan siapa yang layak untuk menjadi pemimpin tetapi inilah peluang yang kita patut guna untuk tonjolkan apa idea dan pembaikan yang kita nak bawa.
"Sepanjang tempoh kempen (pemilihan), ini adalah peluang kita berkongsi idea, pandangan dan pendapat yang membawa kebaikan kepada parti,” ujarnya.
Adam Adli dalam masa sama turut berpandangan bahawa beliau sebagai ‘underdog’ dalam pemilihan jawatan Ketua AMK berbanding lawannya iaitu Fahmi.
"Sebenarnya saya pencabar. Fahmi adalah Exco dalam AMK yang ada pada hari ini,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>