Covid-19: 8,112 kes baharu, 12 kematian

Iklan
Jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada pandemik Covid-19 kini seramai 35,292 orang. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 12 kematian baharu akibat Covid-19 termasuk empat daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID) setakat tengah malam Ahad.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian berpunca daripada pandemik itu kini seramai 35,292 orang.

Iklan
Iklan

Menurut data KKM di portal CovidNow, daripada jumlah itu keseluruhan kematian BID yang dicatatkan berjumlah 7,453 orang.

Sementara itu, kes jangkitan baharu yang direkodkan adalah berjumlah 8,112 kes.

Iklan

Daripada jumlah itu juga, 142,513 individu atau 97.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dan seramai 300 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sejumlah 2,811 atau 1.9 peratus lagi dirawat di hospital dengan 174 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Iklan

Kes ICU melibatkan 64 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 110 pesakit pula memerlukan mesin ventilator.