Thailand raja futsal ASEAN

Iklan
Pemain Thailand meraikan kejayaan menjuarai Kejuaraan Futsal AFF 2022 selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir. FOTO: Changsuek

THAILAND membuktikan pasukan itu berada dalam kelas tersendiri apabila bangkit selepas ketinggalan dua gol untuk menjuarai Kejuaraan Futsal AFF 2022 menewaskan Indonesia 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat 2-2 dalam perlawanan akhir pada Ahad.

Aksi di Stadium Tertutup Huamark Bangkok itu, Indonesia bermula garang apabila mendahului menerusi Holypaul Septinus pada minit kelapan sebelum Ardiansyah melebarkan kedudukan di minit ke-25.

Iklan
Iklan

Thailand yang ketinggalan dua gol ternyata tidak terkesan asakan berganda Indonesia, sebaliknya kembali memperkemaskan permainan bagi memburu gol penyamaan.

Hasilnya Thailand bangkit menyamakan kedudukan menerusi Krit Aransanyalak dan Muhammad Osamanmusa yang seterusnya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti yang dimenangi 5-3.

Iklan

KEJUARAAN FUTSAL AFF 2022


Juara: Thailand

Iklan

Naib juara: Indonesia

Ketiga: Vietnam

Pemain Terbaik:

Krisada Wongkaeo (Thailand)

Penjaring Terbanyak:

Osamanmusa (Thailand)

Penjaga Gol Terbaik: M.Albagir (Indonesia)