ePemula: Belia boleh daftar dapatkan e-tunai RM150 mulai esok

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - Golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak boleh mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai di bawah program ePemula, mulai 11 April.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan berkata, sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan kerajaan di bawah Belanjawan 2022 berkenaan program ePemula tersebut.

Iklan
Iklan

"Sukacita dimaklumkan bahawa mulai 11 April 2022, golongan ini boleh mula mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai dengan salah satu daripada empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

"Selain dari]pada RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk cashback, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh program ini,” katanya pada Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, MOF berkata, tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula akan bermula pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022, manakala kredit ePemula serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Jelas MOF, program itu terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 hingga 2004) atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar.

Iklan

"Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan,” ujarnya.

Tambah MOF, program ePemula akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 April 2022.

Untuk maklumat lanjut mengenai ePemula serta inisiatif lain yang memanfaatkan golongan belia, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/epemula.html.

Sementara itu, bagi pelbagai manfaat lain khusus untuk belia, sila layari https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html.