Subsidi kepada jemaah haji harus dilaksanakan secara bersasar
Iklan
Subsidi kepada jemaah haji harus dilaksanakan secara bersasar kerana melibatkan perbelanjaan yang besar. -Foto AFP
SHAH ALAM – Subsidi kepada jemaah haji harus dilaksanakan secara bersasar kerana melibatkan perbelanjaan yang besar.
Ketua Penerangan Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zakaria Abdul Hamid berkata,tumpuan harus diberikan kepada kepada jemaah haji yang datangnya dari golongan B40 dan kepada individu yang memerlukan sahaja.
Iklan
Iklan
Menurutnya, PBM tidak menolak atau mempertikaikan usaha murni kerajaan untuk memudahkan urusan para jemaah haji.
"Jika seseorang jemaah itu adalah daripada golongan T20 atau M40 yang mampu untuk melaksanakan ibadah haji tanpa sebarang bantuan daripada pihak kerajaan Malaysia, adalah lebih baik sekiranya mereka menggunakan wang mereka sendiri tanpa mendapat apa-apa subsidi daripada pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad pada Jumaat memberi jaminan kemudahan subsidi bagi menunaikan ibadah haji diteruskan tahun ini, bagaimanapun kadar yang akan ditanggung masih belum diputuskan.
Idris berkata, beliau akan berbincang dengan Lembaga Tabung Haji (TH) mengenai kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah susulan jangkaan kos mengerjakan haji pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000 ekoran kenaikan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan Arab Saudi.
Iklan
Sementara itu, mengulas mengenai peningkatan kos tersebut, Zakaria berkata, jika kos untuk melaksanakan ibadah haji dikekalkan pada nilai RM9,980 bagi seorang jemaah, ini bermakna jumlah subsidi yang diberikan akan mencecah RM15,020 untuk setiap seorang, yang mana ini adalah jumlah yang amat besar.
"Jika kaedah subsidi bersasar ini diwujudkan, sudah tentu akan dapat mengurangkan impak yang ditanggung kerajaan Malaysia dan Lembaga Tabung Haji,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>