Covid-19: 21 kematian baharu direkodkan

Iklan
Sebanyak 21 kematian akibat Covid-19 membabitkan dalam hospital pada Sabtu. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 21 kematian akibat Covid-19 yang kesemuanya membabitkan dalam hospital pada Sabtu.

Berdasarkan data KKM di portal CovidNow, angka kematian terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan virus itu kini seramai 35,280 orang.

Iklan
Iklan

Sejumlah 10,124 kes baharu Covid-19 juga direkodkan setakat jam 11.59 malam Sabtu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 53 dikenal pasti sebagai kes import menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini mencecah 4,317,706.

Iklan

Dalam pada itu, sebanyak 153,463 kes aktif dilaporkan, termasuk 87 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 108 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, sebanyak 15,132 kes sembuh dilaporkan.

Iklan