Anwar label calon janjikan kerusi dalam kerajaan sebagai pendusta
Iklan
Anwar Ibrahim
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melabelkan calon pemilihan PKR pada Mei nanti yang menjanjikan kerusi dalam kerajaan kepada individu tertentu sebagai seorang pendusta.
Justeru itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan mengingatkan ahli parti supaya tidak tertipu dengan cara sedemikian.
Iklan
Iklan
"Ramai yang berjanji umpamanya kerusi (dalam kerajaan) ini kamu punya, kerusi itu pak mertua kamu punya.
"Sehingga kini, sebagai presiden sekali pun dan saya juga tidak tahu sama ada saya kekal atau tidak, saya sendiri belum menjanjikan kerusi bagi sesiapa pun di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Seremban pada Sabtu.
Iklan
Rakaman ucapan Anwar berdurasi 3 minit sembilan saat turut dimuat naik di Facebook beliau.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan, soal penentuan kerusi itu adalah urusan parti dan ia lazimnya hanya dibincangkan dengan kepimpinan PH.
Iklan
"Saya dengan ramai yang mengatakan bahawa semua yang bertanding (dalam pemilihan) mendapat restu Presiden (PKR). Saya restu pertandingan yang sihat dan calon yang punyai kelayakan dan kewibawaan untuk bertanding.
"Siapa yang tentukan (calon berkelayakan) ini? (Sudah tentu) ahli-ahli parti yang mempunyai semangat yang kental dan akhlak yang baik. Kalau ahli memilih orang kerana janji, nasib kamulah (rosak parti)," tegasnya.
Berikutan itu, Anwar mengulangi gesaan agar semua calon bertanding dengan baik dan memasang niat berlumba ke arah kebaikan serta bukan melakukan adu domba sepertimana budaya segelintir parti-parti yang sudah mulai rosak.
"Kadang-kadang saya lihat masa pertandingan parti, dia berhempas pulas tunjuk hebat luar biasa. Yang tak pernah nampak tiba-tiba menonjol tetapi selepas itu dia tenggelam tanpa suara dan berita.
"Jadi janganlah begitu. Sebab itu ahli gunakanlah kebijaksanaan dengan sebaiknya dalam memilih calon yang terbaik," katanya.
Pemilihan PKR 2022 secara fizikal dijadual berlangsung dari 13 hingga 17 Mei manakala secara dalam talian dari 18 hingga 20 Mei.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.