JAKARTA - Menteri Luar ASEAN menyokong gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjalankan siasatan bebas terhadap semua dakwaan kekejaman terhadap orang awam termasuk di bandar Bucha, di Kyiv, Ukraine, demi keadilan dan mengelak kejadian sama berulang.
Selain itu, menteri-menteri luar ASEAN turut mengucapkan takziah kepada rakyat Ukraine susulan kejadian itu.