Harimau Selatan laksana tugas cukup baik
Iklan
Bergson da Silva antara pencetak gol Harimau Selatan ketika berdepan KL City dalam aksi Liga Super ddi Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. FOTO: JOHOR Southern Tigers
PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menghela nafas lega selepas skuad kendaliannya melakar kemenangan 3-0 ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu.
Menurut Mora, tiga mata diraih itu penting selepas penyandang juara tersebut berdepan persiapan yang cukup padat apabila kebanyakan pemain terlibat dengan skuad Harimau Malaya sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Kami sangat gembira mendapat tiga mata dan teruja kembali beraksi sekarang sebab sudah berehat agak lama disebabkan tugas bersama skuad kebangsaan.
"Jadi, kita tidak mempunyai banyak masa untuk berlatih bersama tetapi sekarang kita berjaya melakukan tugas yang cukup baik.
Iklan
"Tetapi mengenai rekod Kuala Lumpur, saya tidak terlalu kisah sangat mengenai rekod sebab bagi saya sejarah dan rekod tidak akan memberi kami mata, jadi kami hanya fokus untuk menang sahaja,” katanya selepas perlawanan tersebut.
Pada perlawanan itu, Harimau Selatan mendahului tuan rumah menerusi jaringan Fernando Forestieri pada minit ke-18 sebelum dua gol lagi daripada Bergson da Silva pada minit ke-82' dan 95' memadam kebangkitan tuan rumah.
Iklan
Kemenangan itu menyaksikan JDT kekal menerajui liga dengan sembilan mata - sama mata dengan pencabar terdekat, Kedah Darul Aman (KDA) FC, namun dibezakan dengan jaringan gol.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>