Dr Mahathir terima anugerah awam tertinggi Pakistan

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memeriksa barisan kawalan kehormatan Angkatan Tentera Pakistan pada acara sambutan rasmi sempena lawatan kerjanya ke negara itu di Kediaman Rasmi Perdana Menteri Pakistan hari ini. - Foto Bernama

ISLAMABAD - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dianugerahi ‘Nishan-e-Pakistan’ atau Order of Pakistan, anugerah awam tertinggi negara itu yang disampaikan oleh Presiden Pakistan Dr Arif Alivi.

Anugerah itu diberikan atas sumbangan beliau kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN.

Iklan
Iklan

Majlis penganugerahan itu yang turut dihadiri Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berlangsung di Istana Presiden Aiwan-e-Sadr dan bermula dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.

Nishan-e-Pakistan merupakan anugerah awam tertinggi yang diberikan Kerajaan Pakistan untuk perkhidmatan tertinggi kepada negara Pakistan.

Iklan

Anugerah paling berprestij yang diperkenalkan pada 19 Mac 1957 itu, hanya diberikan kepada penerima di atas merit dan perkhidmatan yang cemerlang kepada negara, komuniti antarabangsa dan hubungan luar negara.

Selepas acara berkenaan, Dr Mahathir menghadiri majlis jamuan negara yang dihoskan oleh Dr Arif.

Iklan

Terdahulu, Dr Mahathir mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden itu.

Beliau kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Pakistan yang bermula Khamis. - Bernama