Kerajaan perlu bertanggungjawab jika harga pelitup muka naik
Iklan
Syed Saddiq
SHAH ALAM - Wujud kebimbangan harga pelitup muka akan naik selepas arahan kerajaan supaya pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan mendapatkan perakuan dan penandaan MS SIRIM mulai 4 Julai depan.
Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kos untuk mendapatkan perakuan SIRIM itu sudah tentu akan menelan kos yang tinggi sekali gus menjadi alasan untuk pembekal menaikkan harga.
Iklan
Iklan
"Dua hari lepas, arahan supaya pelitup muka perlukan perakuan SIRIM tular. Saya difahamkan arahan ini terpakai kepada mana-mana orang yang membekalkan pelitup muka dan ia bermaksud pembekal kena lalui proses ini.
"Adakah selepas ini kerajaan berniat untuk menetapkan harga siling pelitup muka? Sekarang hanya ada harga siling 70 sen untuk pelitup muka tiga lapisan.
Iklan
"Kos untuk mendapatkan perakuan SIRIM ini pasti akan menjadi satu alasan untuk pembekal menaikkan harga 'face mask' di pasaran. Kerajaan perlu berhati-hati dan bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan mahu meletakkan syarat baharu tersebut dan seharusnya ia sudah lama disentuh oleh kerajaan.
Iklan
"Saya risau lambakan pelitup muka sekarang (yang tidak ada cop SIRIM) akan berterusan sehingga ke hujung tahun. Jadi, apa sebenarnya tujuan arahan ini dibuat sebegini lambat?
"Adakah selama ini kerajaan tidak memantau kualiti pelitup muka yang dijual di pasaran dari tahun 2020-2022?" katanya.
Menurutnya, tindakan kerajaan yang lambat membuat arahan tersebut merupakan perkara yang serius kerana melibatkan standard keselamatan pengguna.
"Kerajaan sebut, perakuan SIRIM ini untuk memastikan pelitup muka mematuhi standard keselamatan pengguna. Jadi sebelum ini tak selamat?
"Kita perlu tahu juga hal begini. Semakan perlu dibuat terhadap kualiti pelitup muka di pasaran sekarang.
"Kerajaan kena bertanggungjawab dan tak boleh culas dalam menjaga kesihatan rakyat kita," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.