Sindiket Macau Scam sasar pemilik akaun Tabung Haji

Iklan
Mohd Kamarudin

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah mengesan sindiket penipuan dikaitkan dengan Macau Scam membuat pengeluaran wang dari akaun Tabung Haji yang dihubungkan melalui akaun bank konvensional milik mangsa.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya telah menerima laporan yang diterima sejak Januari lalu sebanyak 65 kes melibatkan kerugian RM3.59 juta.

Iklan
Iklan

"Kemudahan fasiliti perbankan internet oleh Tabung Haji bersama bank-bank konvensional lain telah membolehkan perkara ini berlaku.

"Siasatan mendapati, mangsa terlibat telah memberikan maklumat perbankan kepada individu tidak dikenali melalui telefon," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Mohd Kamarudin berkata, akibatnya, tidak hanya wang dari akaun bank mangsa yang hilang, malah wang dari akaun Tabung Haji yang dihubungkan bersama akaun bank tersebut turut hilang.

"Jangan sesekali memberikan maklumat perbankan kepada individu tidak dikenal," tegasnya.

Iklan

Beliau berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan, dalang kepada kegiatan itu adalah sindiket Macau Scam yang akan membuat panggilan kepada mangsa.

"Sindiket akan menakutkan mangsa dengan dakwaan penglibatan dalam kegiatan jenayah, tunggakan kad kredit dan sebagainya.

"Kononnya bagi tujuan siasatan, sindiket akan meminta mangsa untuk mendedahkan maklumat perbankan mereka," katanya.

Mohd Kamarudin memaklumkan sebarang nasihat atau maklumat lanjut,orang ramai boleh menghubungi ccid Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599.