Tidak pernah serik, tokan dadah ditahan lagi

Iklan
Chang Hook

JEMPOL - Seorang tokan dadah yang memiliki 12 rekod lampau berkaitan dadah sekali lagi ditangkap polis dalam serbuan di sebuah rumah di Felda Serting Hilir Dua di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 40 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan pada jam 10.30 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ketika ditahan suspek dipercayai berada dalam keadaan khayal duduk di bahagian tamu rumah berkenaan.

"Tiada individu lain di dalam rumah berkenaan dan hasil pemeriksaan polis menemui tiga paket plastik pelbagai saiz, tiga penyedut minuman mengandungi dadah jenis heroin dianggarkan seberat 7.20 gram serta satu alat penimbang digital," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Chang Hook berkata, dadah berkenaan dipercayai dipasarkan di sekitar kawasan Felda Serting Hilir.

"Suspek seterusnya direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (2) selain Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan

"Polis akan berterusan membanteras gejala dadah di daerah ini selain berharap orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis jika mengetahui kegiatan dadah di tempat masing-masing," katanya.