Terbuka Korea: Dua pemain perseorangan lelaki Malaysia tersingkir awal

Iklan
Soong Joo Ven dan Liew Daren

DUA pemain perseorangan lelaki Malaysia, Liew Daren dan Soong Joo Ven tersingkir awal pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Korea 2022 di Stadium Palma, Suncheon pada Rabu.

Walaupun beraksi hebat pada set pertama, pemain bukan pilihan Daren masih tidak dapat menewaskan pemain pilihan kelima, Srikanth Kidambi selepas pemain profesional Malaysia itu tewas tipis 20-22.

Iklan
Iklan

Pada set kedua, pemain India itu mempamerkan permainan yang lebih mantap apabila mencatat kemenangan mudah 21-11 ke atas Daren untuk mara ke pusingan kedua pada Khamis.

Dalam perlawanan lain, pemain pilihan ketiga dari Indonesia, Jonatan Christie menepati jangkaan untuk mara ke pusingan seterusnya apabila menyingkirkan Joo Ven 21-13, 21-18 dalam tempoh 39 minit.

Iklan

Sementara itu, pasangan beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Low Juan Shen menewaskan gandingan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Lim Khim Wah, 21-17, 21-19.

V Shem-Juan Shen akan bertemu gandingan tuan rumah Kang Minhyuk-Seo Seungjae selepas mereka mengetepikan rakan senegara mereka, Jang Sung Ho-Dong Ju Ki, 21-14, 25-23. - Bernama

Iklan