Covid-19: 12,017 kes baharu, 33 kematian

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Sejumlah 33 lagi kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 direkodkan pada Selasa.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, 10 daripada jumlah tersebut adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Iklan
Iklan

Jumlah itu menjadikan angka kematian akibat Covid-19 sebanyak 35,160 sejak pandemik melanda pada Mac 2020.

Sementara itu, sebanyak 12,017 kes baharu direkodkan dengan 59 daripadanya merupakan kes import menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4.23 juta kes.

Iklan
Iklan

Sebanyak 8,447 kes aktif juga dilaporkan dengan 234 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 131 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.