Sarawak United, Penang FC sama kuat di Kuching

Iklan
Pemain Sarawak United, Lee Changhoon (kiri) cuba mengelecek pemain Penang FC pada saingan Liga Super di Stadium Negeri, pada Selasa.

PENDATANG baharu saingan Liga Super, Sarawak United berjaya memungut mata pertama dalam saingan bola sepak tertinggi negara apabila bangkit mengikat Penang FC di Stadium Negeri, Kuching pada Selasa.

Bagaimanapun keghairahan jentera penyudah kedua-dua pasukan untuk merobek gawang lawan masing-masing gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan apabila kedua-dua kelab buntu dalam menghasilkan gol dalam babak pertama.

Iklan
Iklan

Bersambung babak kedua anak buah Tomas Trucha kembali lebih bertenaga menggandakan berjaya merobek gawang tuang rumah hasil jaringan Casagrande pada 73.

Bagaimanapun skuad kendalian B Sathianathan yang tersentak dengan jaringan itu kembali menggandakan asakan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Boris Kok pada minit ke-83'.

Iklan
Iklan

Keputusan itu menyaksikan Sarawak United mengumpul satu mata manakala Penang mengumpul dua mata selepas masing-masing mengharungi tiga perlawanan.