Covid-19: 28 kematian baharu, tujuh BID

Iklan
Sebanyak 28 kematian baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan tujuh daripadanya adalah kematian di luar hospital atau BID. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 28 kematian baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan tujuh daripadanya adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, ia menjadikan angka kematian akibat Covid-19 sebanyak 35,127 sejak pandemik melanda pada Mac 2020.

Iklan
Iklan

Perak dan Selangor mencatat kematian tertinggi iaitu masing-masing enam orang, diikuti Johor (lima), Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Pahang (dua), dan Kedah serta Sarawak masing-masing seorang.

Sementara itu, sebanyak 10,002 kes baharu turut dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan terkini mangsa jangkitan meningkat kepada 4,256,469 orang.

Iklan
Iklan

Sebanyak 179,619 kes aktif dilaporkan, termasuk 236 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 140 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.