JUARA Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi pasukan bola sepak paling sibuk pada bulan Ramadan ini apabila akan bermain sekurang-kurangnya lapan perlawanan melibatkan aksi domestik dan antarabangsa.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pasukan tersebut di laman Facebook Southern Tigers, selain jadual yang padat, faktor bulan Ramadan bakal menjadi ujian buat JDT dalam usaha meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Super selain akan menjadi tuan rumah dalam pertandingan ACL.