Dua jaringan pantas Wales buat Malaysia 'gigit jari'
Iklan
KUALA LUMPUR - Malaysia seri 3-3 dengan Wales selepas dua jaringan pantas pihak lawan pada suku keempat perlawanan, meranapkan impian skuad projek khas wanita negara untuk melakar kemenangan sulung pada Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan pada Ahad.
Dalam aksi Kumpulan D itu, skuad bimbingan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol padang Elizabeth Epui Martin pada minit ke-14, namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Wales bangkit menyamakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti Isabelle Howell pada minit ke-23.