Aliran trafik lancar di lebuh raya utama pada tengah hari
Iklan
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama bergerak lancar dan terkawal setakat 1 tengah hari ini (Ahad).
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik menuju ibu negara dan tempat-tempat lain turut lancar kecuali dari Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua kenderaan bergerak perlahan disebabkan kemalangan di KM130.