PNB tak pertimbang sebarang program bon
Iklan
KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan bahawa ia tidak meluluskan atau mempertimbangkan sebarang program bon boleh tukar untuk terbitan, setakat ini.
"Kami ingin menjelaskan lagi bahawa pinjaman sedia ada atau pada masa akan datang, jika dilaksanakan, hanya akan melibatkan portfolio proprietari PNB dan tidak melibatkan dana unit amanahnya, yang berbeza daripada dana proprietari PNB.
Iklan
Iklan
"Operasi dan pelaburan dana unit amanah seperti Amanah Saham Bumiputera dan Amanah Saham Nasional dikawal selia secara ketat oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan di bawah peraturan SC, tiada pengurus dana unit amanah, termasuk PNB, dibenarkan untuk melaksanakan apa-apa pinjaman untuk dana tersebut atau membebankan aset di bawah dana ini untuk sebarang tujuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
PNB mengeluarkan penjelasan berhubung laporan Bloomberg pada 21 Mac,"Biggest Malaysia State Fund Weighs Debut Exchangeable Bond Sale”, yang memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata, pengurus dana itu sedang mempertimbangkan penjualan bon boleh tukar yang pertama untuk meraih dana bagi pelaburan di luar negara.
Iklan
"Oleh itu, apa-apa spekulasi mengenai perkara ini adalah tidak perlu dan kebimbangan berhubung aset unit amanah kami tidak berasas.
"Kami ingin menyatakan sebagai penjaga kepada kekayaan jutaan rakyat Malaysia, PNB sentiasa berpandukan kepada mandatnya dalam semua keputusan pelaburan yang kami lakukan dan komited kepada piawaian integriti yang tertinggi,” katanya.
Iklan
PNB juga berkata, ia akan terus menilai dan meneliti pelbagai cara dan kaedah untuk meningkatkan modal bagi aktiviti pelaburan domestik dan global, termasuk instrumen hutang seperti pinjaman berjangka, sukuk dan bon boleh tukar. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar"><meta itemprop="description" content="Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan memerlukan pertambahan subsidi sehingga antara RM50 bilion hingga RM60 bilion setahun jika mahu menurunkan lagi harga RON95 dan diesel menerusi program Budi Madani.
Beliau berkata, ketika ini kerajaan sudah menanggung subsidi bahan api sebanyak RM40 bilion setahun bagi memastikan harga RON95 dan Budi Diesel kekal antara yang terendah di dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788480/berita/nasional/turun-lagi-harga-minyak-subsidi-boleh-cecah-rm60-bilion---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #Subsidi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-19T09:03:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqdkh2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqdkh2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqdkh2"></script>