Keadaan Aliran Trafik Plaza Tol Gombak

Iklan
Keadaan Aliran trafik Plaza Tol Gombak arah Lebuhraya Pantai Timur berjalan dengan lancar ketika tinjauan sekitar 12 tengah hari. Negara kini memasuki Fasa Peralihan ke Endemik yang menyaksikan pelbagai kelonggaran diberikan semula oleh kerajaan. Orang ramai khususnya yang beragama Islam dilihat mula pulang ke kampung bagi menyambut Ramadan pertama bersama keluarga setelah dua tahun rakyat bergelut dengan pandemik Covid-19. - Foto Bernama