Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Nilai ringgit menyusut berbanding dolar AS pada pembukaan urus niaga pagi ini berikutan kejatuhan harga minyak mentah selepas pentadbiran Presiden AS Joe Biden memutuskan mengenai pengeluaran rizab minyak mentah untuk meredakan harga minyak yang melambung tinggi, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.2100/2140 berbanding dolar AS daripada 4.2025/2055 pada penutupan Khamis.
Iklan
Iklan
Dilaporkan bahawa kerajaan AS akan mengeluarkan satu juta tong minyak sehari dari Rizab Petroleum Strategik untuk tempoh enam bulan dalam usaha menurunkan harga bahan api dan meredakan kebimbangan berlakunya kekurangan selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Pada masa yang sama, kerajaan Rusia turut menegaskan bahawa bayaran untuk import gas adalah dalam rubel atau ia akan mengurangkan bekalan, kata Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Benama.
Iklan
Ketika ini, penanda aras minyak mentah Brent susut 4.88 peratus kepada AS$107.91 setong.
Mohd Afzanizam berkata, tempoh suku pertama 2022 sangat tidak menentu dan konflik ketenteraan yang bermula pada 24 Februari lalu telah menambahkan lagi dimensi kepada ketidaktentuan pasaran.
Iklan
"Ia amat meresahkan pasaran," katanya sambil menambah indeks dolar AS (DXY) meningkat 0.53 peratus kepada 98.312 mata kerana pelabur mata wang mencari perlindungan daripada ketidaktentuan pasaran.
Dalam pada itu, pembukaan semula sempadan antarabangsa Malaysia pada Jumaat bermakna aktiviti ekonomi berkemungkinan lebih rancak pada masa hadapan dan ia akan membantu mempercepatkan permintaan domestik.
Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain kepada 5.5303/5355 daripada 5.5158/5197 pada Khamis dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.4477/4513 daripada 3.4472/4502 sebelumnya.
Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.6592/6636 daripada 4.6698/6732 ketika penutupan pada Khamis dan tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.1033/1065 daripada 3.1033/1060 sebelumnya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>