Free Fly Parrot

Iklan
Dua ekor burung kakak tua "parrot" milik ahli kumpulan Komuniti Free Fly Parrot Malaysia dilihat berterbangan ketika waktu senja semasa tinjauan fotoBernama di Seksyen 13 Shah Alam hari ini.

Ahli kumpulan Komuniti Free Fly Parrot Malaysia menerbangkan burung kakak tua peliharaan mereka secara berkumpulan semasa tinjauan fotoBernama di Seksyen 13 Shah Alam hari ini.

Telah menjadi rutin setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad kepada komuniti ini berkumpul untuk melatih burung peliharaan mereka terbang bebas sambil berkongsi pendangan mengenai penjagaan dan karenah burung-burung mereka.

Iklan
Iklan

Bagi kumpulan ini akan melepaskan burung kakak tua milik mereka untuk terbang sebelum kembali bertenggek di bahu atau tangan tuan masing-masing.

Menurut salah seorang ahli komuniti ini Syimir Ahmad Safawi, kelebihan dimiliki haiwan berkenaan bukan sahaja mempunyai 'kebijaksanaan' dan setia membuatkan ia menjadi pilihan peminat penjinak unggas untuk dipelihara.

Iklan
Iklan

Bagi peminat burung kakak tua ia cabaran buat pemilik burung ini adalah bunyi yang bising selain risiko untuk hilang antara masalah sering dihadapi komuniti terbabit.