Misi buru slot Piala Asia

Iklan
Foto Football Association of Malaysia

SERAMAI 16 daripada 20 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad futsal lelaki kebangsaan akan membawa cabaran Malaysia pada Kejuaraan Futsal Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 di Bangkok, Thailand bermula 2 hingga 10 April ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua 16 pemain itu bersama barisan kejurulatihan skuad kebangsaan berlepas ke Bangkok pada Rabu.

Iklan
Iklan

Daripada keseluruhan 16 pemain, enam merupakan pemain Selangor MAC yang muncul juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022, manakala lima pemain daripada pasukan naib juara kejohanan itu, Pahang Rangers FC.

Baki pemain dipilih oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan Chiew Chun Yong, iaitu masing-masing dua dari Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, serta seorang daripada pasukan Selangor TOT United. Pemain terbaik MPFL 2022 Abu Haniffa Hasan daripada Pahang Rangers FC antara yang dipilih.

Iklan

Tiga pasukan terbaik akan layak ke Piala Asia Futsal 2022 di Kuwait, September depan.

KUMPULAN A

Iklan

Malaysia

Thailand (juara bertahan)

Indonesia

Kemboja

Brunei

KUMPULAN B

Vietnam

Myanmar

Timor Leste

Australia

KUMPULAN A

2 April

Malaysia lwn Kemboja

4 April

Malaysia lwn Indonesia

5 April

Malaysia lwn Brunei

6 April

Malaysia lwn Thailand

8 April

Separuh Akhir

10 April

Perlawanan Akhir

10 April

Tempat ketiga/keempat