KLIA, klia2 sedia terima pengembara
Iklan
Sebahagian daripada jadual penerbangan yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
SEPANG - Pintu masuk utama negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersedia pada tahap tertinggi untuk menerima kedatangan serta mengendalikan pesawat dan pengembara sempena pembukaan semula sempadan negara, esok.
Tinjauan di terminal utama KLIA dan klia2 hari ini mendapati petugas di lapangan terbang itu sedang membuat persiapan rapi termasuk aspek penguatkuasaan, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan kawalan keselamatan.
Iklan
Iklan
Premis-premis perniagaan seperti restoran, restoran makanan segera, kedai serbaneka, kedai cenderahati dan kedai coklat juga kelihatan beroperasi pada kapasiti penuh.
Kedengaran peringatan pematuhan SOP dan amaran mengenai ‘ulat teksi’ dilakukan melalui sistem pembesar suara secara berkala.
Iklan
Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Malaysia Airports Holdings Bhd, Nik Anis Nik Zakaria berkata, jumlah penerbangan yang tiba dan berlepas dari KLIA akan dimaklumkan secara rasmi esok.
"Ketika ini kami sedang menyusun atur dan mendapatkan maklumat daripada semua syarikat penerbangan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Iklan
AirAsia, antara syarikat penerbangan utama di klia2, memaklumkan terdapat 12 penerbangan antarabangsa yang dikendalikannya esok iaitu dari Kemboja, Vietnam, Indonesia, Singapura, Thailand, Bangladesh, Filipina dan India.
Penerbangan antarabangsa AirAsia pertama yang akan mendarat di klia2 esok ialah AK52 dari Bengaluru, India pada kira-kira 6.20 pagi.
Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara dibuka semula pada 1 April selari dengan perancangan negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.
Penolong penyelia Fidani Factory, Azwana Mohamad berkata, kedai menjual coklat di Klia2 juga telah menambah bilangan pekerja untuk menampung jangkaan pertambahan pengunjung.
"Sebelum ini kedai tutup bermula 18 Mac 2020 dan kami hanya mula beroperasi pada awal 2021. Memang jualan menurun dan kami terpaksa buat jualan coklat secara dalam talian bagi menampung kos. Selepas ini (1 April) diharap hasil meningkat seperti waktu sebelum pandemik Covid-19," katanya.
Kios Doctor2u yang terletak di balai pelepasan klia2, pula menawarkan perkhidmatan ujian saringan Covid-19 mengikut keperluan termasuk ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) dan RTK-Ag (ujian pantas antigen).
Kakitangan Doctor2u Boris Wong Jung Zhang berkata ketika ini, pihaknya secara purata menerima antara 20 dan 30 pengembara yang ingin mendapatkan khidmat dan jumlah itu dijangka meningkat mulai esok.
"Kami akan pantau kedatangan pengembara yang mahu servis ujian saringan Covid-19 di kios selama dua hari bermula esok dan akan meningkatkan kapasiti staf mengikut keperluan,” katanya.
Pemandu limousin Airport Limo (M) Sdn Bhd di KLIA yang dikenali sebagai Abdul Razak menasihatkan pengembara untuk menggunakan khidmat perjalanan yang sah dengan membeli di kaunter disediakan di tingkat tiga balai ketibaan.
"Ini bagi mengelakkan daripada ditipu oleh ulat teksi yang dijangka mula ambil kesempatan apabila ramai pelancong masuk,” katanya yang telah 20 tahun berkhidmat sebagai pemandu limousin. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina"><meta itemprop="description" content="'Anwar lepaskan kuasa mengawal Parlimen, (ibarat) bercerai talak tiga' - Azalina
Langkah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan kuasa eksekutif terhadap pentadbiran Parlimen merupakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh kebebasan institusi itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu membolehkan Parlimen menguruskan hal ehwalnya secara bebas selepas lebih tiga dekad berada di bawah cabang eksekutif.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800595/berita/nasional/anwar-lepaskan-kuasa-mengawal-parlimen-ibarat-bercerai-talak-tiga---azalinat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T09:11:27.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnoboe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnoboe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnoboe"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat"><meta itemprop="description" content="Dewan kecoh, MP bertikam lidah isu peruntukan wakil rakyat
Sesi penerangan Majlis Perkhidmatan Parlimen di Dewan Rakyat pada Khamis, kecoh apabila ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bertikam lidah berhubung isu pengurusan peruntukan kepada wakil rakyat.
Kekecohan tercetus selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) membangkitkan persoalan mengenai maksud perkhidmatan adil kepada semua ahli Parlimen, selain mencadangkan pengurusan peruntukan wakil rakyat diserahkan kepada Parlimen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800588/berita/nasional/dewan-kecoh-mp-bertikam-lidah-isu-peruntukan-wakil-rakyat
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T08:45:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P143S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnnv3u"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnnv3u"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnnv3u"></script>