Gempa kuat melanda Kepulauan Loyalty
Iklan
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter dikesan melanda tenggara Kepulauan Loyalty awal pagi Khamis.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa bumi pada 4.57 pagi itu berpusat di 912 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 49 km.