Simulator ISMAT

Iklan
SIMULATOR INTEGRATED SHOOTING AND MARKMANSHIP TRAINER (ISMAT)

Kelihatan Integrated Shooting and Markmanship Trainer (ISMAT) dipamerkan dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.

Kejayaan Ikramatic Systems Sdn Bhd menewaskan pembida luar negara dalam tender terbuka membangunkan simulator menembak senjata kecil untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah isyarat jelas keupayaan syarikat tempatan dalam bidang teknologi pertahanan

Iklan
Iklan

Simulator diberi nama Integrated Shooting and Markmanship Trainer (ISMAT) berkenaan direka 90 peratus mirip kepada situasi sebenar di lapang sasar.

Pengarah Urusan Ikramatic Systems Sdn Bhd Syed Mohamad Jamil Syed Ahmad berkata simulator berkenaan berada di fasa akhir pembinaan dan bakal ditempatkan di Kem Tentera Syed Sirajuddin di Gemas, Johor dengan jangkaan siap pada tahun hadapan.

Iklan
Iklan