Perodua santuni anak-anak Al-Yakin
Iklan
Sumbang RM5,000 semasa konvoi Perodua Aruz TransBorneo
KONVOI Perodua Aruz TransBorneo, yang melibatkan enam buah Perodua Aruz, mengambil peluang semasa di Sandakan semalam untuk berkunjung ke Rumah Jagaan Anak-Anak Yatim Al-Yakin.
Pengurus Wilayah Jualan Timur Malaysia bagi Perodua, Desmond Ong Chee Wah menyampaikan replika cek RM5,000 kepada setiausaha rumah Al-Yakin, Rukman Anshar.
Semasa kunjungan tersebut, Perodua menyumbang wang tunai sebanyak RM5,000 kepada rumah jagaan tersebut dan menyediakan makanan tengah hari untuk penghuninya yang terdiri daripada 20 anak-anak yatim serta lima penjaga.